Muahhhhh..

Saye sayang dea

Saye sayang dea

14 Mar 2012

7 PETALA CINTA

Bismillahirrahmanirrahim~ 


Sejak keje dh xdak masa utk diri sendiri, tmbahan lak dh solo lg bosan xdak teman nk sembang2.. hurm sunyi tersangat xder cik Abe sejak putus hari tue. Rindu sangat kat dia dan berharap ada sinar untuk kami kembali bersama. Mata dah terkebil2 mengadap facebook sambil menyelak helaian surat khabar.Tiba-tiba................
*ayat nak vass gituuuu... :p
Baca punya baca apa yang wartawan tulis pasal filem 7 Petala Cinta nie,terus hati terpaut dan tertarik.Sarat dengan islamik lagi.Tak sabar nak tunggu dia masuk dekat Astro First.Hoiyeah!!

No need to write too much,jom layan trailer filem 7 Petala Cinta
  
Sinopsis filem : 

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta di antara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 Petala Cinta. Attar (Aeril Zafril) , seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan Aby Ikhwan, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap Saidatul Nafisa (Shima Anuar) namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan Hamka (Fizo Omar).Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. Hilma Aqila (Diana Amir), adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. Nida, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?
Haa.amacam?Menarik tak?Jengjengjeng.........
Tunggu!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment