Muahhhhh..

Saye sayang dea

Saye sayang dea

29 Mar 2012

Petua Menghadapi Suasana "Frust Bercinta" Daripada Al-Quran

mcm ney kot org sedeh rindu kat ex-bf
  Salam Jumaat penghulu segala hari.. m00d xbley tido sbb rindu orang yg jauh. sihat ker si dia? hurmm nak rindu lebih2 p0wn bukan milik kita lagi 
ps/: - sape la plak si dia tue. ( mood putus cinta la pulak ) hehehe.. Pasti ramai yang pernah menghadapi suasana 'frust bercinta' walaupun pernah bercinta ataupun tidak, hehe. kalau kita minat kat someone and kita tak luahkan, dan dah elok bercinta tapi putus ditengah jln disbbkan orang ke-3, confirm kita akan frust gak. semua itu lumrah kehidupan. Sedih kan bila kita dah cuba pujuk tapi si dia tetap keras hati.. Hurmm dia dah ada yg lain la tue. .So bila dah frust bercinta tu, confirm hati korang akan rasa tak tenang and tenteram, rasa gelisah, rasa nak marah je semua orang bak kata orang, makan tak kenyang, tido tak lena and mandi pun tak basah..ceq pun tak sure camna rasa mandi  tak basah sebenarnya. menurut kisah org frust '' Sentap gak dengaq citer sorang neh yg baru putus cinta .. 
Menurut  Saye Ditinggalkan, 2012 ......
''TAPI yang pasti mata nie slalu jer nk nangis. terbayang2 saat indah b'sama. dh hampir sebulan lebih putus dan bila hati mula tabah untuk lupakan si dia tiba-tiba si dia bt  friend request lak kt fesbuk sbb masing-masing buat akaun fesbuk baru. hati masih teragak2 nak approve atau tak sbb buat ape si dia add kalau dah benci tersangat2 kat saya. buat kita mcm sampah jer.. mcm tak pernah wujud dlm hati dia..hurm xpelah mmg saya tak pernah wujud p0wn dlm hati dia!! sebab kalau kita pernah sayangkan seseorang tue kita tak kan tergamak nk buat orang yg kita sayang mcm sampah, jijik sgt. mulut ckp ''kita kwn jelah slps ney'' tapi hakikatnya kita dilayan tak ubah mcm pengemis.. hurmm xpe semua dah jadi kenangan paling terindah. Sekurang-kurangnya saya terlalu bahagia bersama si dia''. ( sabaq yer org yg frust tue) toinkkk..
Sweet Memory, not to forget not to remember; its just part of my life :) 

   Petua Menghadapi “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati.
 Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utamaadalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”  Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib. 

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim . Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. 
Banyak lagi jenis-jenis zikir penenang jiwa . Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan. Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment